Rusia didakwa pindahkan 150 kanak-kanak secara paksa dari Mariupol - Utusan Malaysia

Rusia didakwa pindahkan 150 kanak-kanak secara paksa dari Mariupol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kumpulan Hak Asasi Manusia Crimea mendakwa tentera Rusia memindahkan kira-kira 150 kanak-kanak secara paksa dari bandar Mariupol yang dikepung itu.

Lapor Al Jazeera, jumlah itu turut membabitkan 100 kanak-kanak sakit dan cedera yang sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut kumpulan hak asasi manusia itu, kanak-kanak tersebut dipindahkan `ke arah’ Donetsk yang diduduki dan bandar Taganrog di Rusia.

Penasihat kepada Datuk Bandar Mariupol, Petro Andriushchenko mendakwa kanak-kanak itu dibawa keluar tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

“Kanak-kanak ini bukan yatim piatu,” tegas beliau.

Ombudsman hak asasi manusia di Ukraine memaklumkan lebih 12,000 kanak-kanak di negara itu dipindahkan secara paksa ke Rusia.

Sementara itu, Gabenor wilayah, Maksym Kozystkiy memaklumkan enam orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam serangan peluru berpandu di bandar barat Lviv, Ukraine.

“Ketika ini, kami mengesahkan enam maut dan lapan cedera. Seorang kanak-kanak antara mangsanya,” kata Kozystkiy di media sosial.

Dilaporkan, tiga peluru berpandu mensasarkan kemudahan infrastruktur ketenteraan manakala satu lagi terkena bengkel kereta. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN