Rumah dirempuh kereta ketika bersahur, 7 sekeluarga maut

Rumah dirempuh kereta ketika bersahur, 7 sekeluarga maut

PASUKAN bomba memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kedai di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. - CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARINDA: Tujuh sekeluarga maut termasuk sepasang suami isteri selepas rumah kedai yang mereka diami terbakar akibat dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian, di sini kelmarin.

Menurut keterangan beberapa saksi, rempuhan itu berlaku selepas kenderaan jenis Triton itu dipandu laju sebelum hilang kawalan.

“Saya perasan kenderaan itu dipandu laju dengan memotong beberapa kenderaan lain di depannya.

“Tidak lama kemudian, saya dengar bunyi rempuhan yang kuat dan letupan.

“Saya lihat Triton itu merempuh sebuah rumah kedai dan terbakar,” kata seorang saksi yang dikenali sebagai Aziz Rahman.

Saksi lain memberitahu, selepas merempuh rumah kedai itu, Triton berkenaan meletup tiga kali dan api menjulang tinggi.

Lapor CNN Indonesia, keadaan itu menyebabkan rumah kedai dua tingkat itu dijilat api, menyebabkan penghuninya yang sedang bersahur lari bertempiaran.

“Saya baru sahaja habis sahur dan mahu bersiap sedia untuk solat Subuh sebelum saya terdengar bunyi rempuhan.

“Kemudian, saya terdengar pula bunyi letupan dan selepas keluar, saya lihat sebuah kenderaan merempuh rumah kedai dan terbakar,” kata seorang penghuni yang enggan mendedahkan identitinya.

Dalam pada itu, jabatan bomba memaklumkan, enam penghuni ditemukan maut di dalam rumah tersebut selepas kebakaran dipadam, manakala dua lagi tidak sedarkan diri.

Dua penghuni itu dikejarkan ke hospital, namun ketika dalam perjalanan, seorang daripadanya meninggal dunia, sekali gus menjadi jumlah korban insiden tersebut seramai tujuh orang.

Sementara itu, polis menyatakan pemandu Triton itu sudah ditahan bagi membantu siasatan dan insiden itu akan disiasat.

Polis dan bomba juga belum mengenal pasti punca kebakaran biarpun pemantauan awal mendapati ia berkemungkinan disebabkan oleh kenderaan tersebut yang meletup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya