Putin bagi amaran kepada Barat 'jangan masuk campur'

Putin bagi amaran kepada Barat ‘jangan masuk campur’ isu Ukraine

SEORANG lelaki menunggang basikal di hadapan rumah yang musnah di kampung Derhachi, utara Kharkiv, Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memberi amaran tidak akan teragak-agak menggunakan senjata nuklear sekiranya negara Barat masuk campur situasi di Ukraine. 

Ancaman terbaharu itu susulan Putin mengaku melancarkan serangan peluru berpandu di selatan Ukraine yang memusnahkan ‘sekumpulan besar’ bekalan senjata dari Barat. 

Putin menegaskan, Moscow mempunyai senjata yang tidak dimiliki oleh negara lain dan mampu bertindak balas serangan sepantas kilat. 

“Negara-negara yang membantu Ukraine dan mahu campur tangan serta mencipta ancaman strategik mesti mengetahui kemampuan Russia.

“Kami akan menggunakannya jika perlu dan saya mahu semua orang tahu tentang perkara itu,” katanya.

Putin bagaimanapun tidak menjelaskan senjata itu secara spesifik. 

Namun, baru-baru ini negara itu mengendalikan ujian peluru berpandu balistik antara benua, Sarmat yang berjaya dilakukan. 

Russia dijangka akan menggunakan keupayaan senjata itu yang mampu membawa lebih 10 kepala peledak nuklear.

Berhubung situasi di Ukraine, Putin berjanji akan menyelesaikan ‘operasi ketenteraan khas’ untuk merampas wilayah dari Ukraine. 

Rabu lalu, Russia mendakwa peluru berpandunya berjaya mengenai sekumpulan senjata yang dihantar oleh Amerika Syarikat dan negara Eropah ke Ukraine semasa pertempuran berterusan di timur Ukraine. 

Pegawai Barat yang enggan dikenali mendedahkan hasil risikan mendapati Russia mencapai kemajuan yang perlahan di wilayah Donbas di timur dengan ‘keuntungan kecil’, termasuk penawanan kampung dan pekan kecil di selatan Izyum serta pinggir Rubizhne. 

Jelasnya, faktor itu disebabkan oleh arahan yang lemah, kehilangan tentera, cuaca buruk dan tentangan kuat tentera Ukraine.-AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.