Peratus rakyat Indonesia balik kampung untuk beraya menurun

Peratus rakyat Indonesia balik kampung untuk beraya menurun

KERAJAAN Indonesia membenarkan masyarakat beraya di kampung tahun ini susulan kes Covid-19 yang terkawal. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kaji selidik yang dilakukan oleh Indikator Politik Indonesia mendapati sebanyak 15 peratus masyarakat di negara ini akan melakukan perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Namun, angka itu lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk yang pulang ke kampung sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Pengarah Eksekutif Indikator Politik Indonesia, Burhanuddin Muhtadi berkata, jumlah masyarakat pulang ke kampung untuk beraya sebelum pandemik Covid-19 adalah seramai 24 peratus.

Katanya, biarpun penularan Covid-19 terkawal, namun ada pihak masih ragu-ragu untuk pulang ke kampung kerana khuatir jangkitan boleh berlaku.

“Walaupun kerajaan sudah izinkan untuk balik ke kampung, tetapi masih ramai yang takut dengan jangkitan Covid-19.

“Ramai yang membuat keputusan untuk beraya di rumah masing-masing bagi mengelak penularan meningkat,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Dalam pada itu, kaji selidik tersebut juga menyatakan sebanyak 71 peratus masyarakat pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan peribadi.

Selain itu, masyarakat di negara ini turut bersetuju dos penggalak diwajibkan kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung.

Namun, jumlah persetujuan itu disumbangkan oleh mereka yang tidak pulang ke kampung tahun ini.

Kaji selidik itu dilakukan pada 14 hingga 19 April lalu membabitkan 1,220 responden berusia 16 tahun ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya