Operasi cari bangkai pesawat China Eastern dihentikan

Operasi cari bangkai pesawat China Eastern dihentikan

PASUKAN kecemasan melakukan operasi mencari serpihan bangkai pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di Wuzhou, China pada 21 Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Operasi mencari bangkai pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang terhempas minggu lalu kini sudah berakhir.

Sepanjang operasi itu dijalankan, pasukan kecemasan mengumpul lebih 49,000 serpihan badan pesawat yang ditemukan.

Pesawat MU5735 dilaporkan menjunam dari ketinggian 29,000 kaki di kawasan pergunungan wilayah Guangxi pada 21 Mac lalu, sekali gus mengorbankan semua 132 penumpang termasuk sembilan kru.

Lapor Bloomberg, nahas itu menyebabkan pembentukan kawah sedalam 20 meter, selain kebakaran di kawasan sekitar.

Kesan hempasan juga menyebabkan badan pesawat itu berkecai dan berselerakan di kawasan sekitar.

Menurut Pengarah Keselamatan Penerbangan bagi Pentadbiran Penerbangan Awam China, Zhu Tao, bahagian penting termasuk enjin, alat penstabil dan sebahagian hujung sayap kanan pesawat itu sudah ditemukan selepas hampir 10 hari pencarian dilakukan.

Dalam pada itu, kedua-dua kotak hitam milik pesawat berkenaan sudah pun ditemukan sebelum ini, namun siasatan mengenai punca nahas dijangka berdepan beberapa cabaran.

Antaranya termasuk mengapa pesawat boleh menjunam tanpa amaran, kegagalan pusat kawalan udara mendapat maklum balas segera daripada juruterbang dan serpihan bangkai pesawat yang disifatkan ‘terlalu kecil’.

Pihak berkuasa tempatan Guangxi mengesahkan lebih 22,000 meter padu tanah digali dan 49,117 serpihan pesawat ditemukan.

Kedua-dua kotak yang ditemukan juga sudah dihantar ke Beijing bagi tujuan analisis dan pemeriksaan.

Sementara itu, Zhu memaklumkan, laporan siasatan awal akan disiapkan dalam tempoh 30 hari selepas nahas berlaku. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya