Indonesia usulkan jamu sebagai warisan budaya kepada UNESCO

Indonesia usulkan jamu sebagai warisan budaya kepada UNESCO

JAMU mula digunakan di Indonesia sebagai ubatan tradisional sejak abad ke-5 Masihi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jamu dimasukkan ke dalam senarai Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritagen) milik Indonesia di bawah Kementerian Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi.

Dokumentasi mengenai sejarah jamu dan penggunaannya di negara ini disediakan oleh Pasukan Kerja Nominasi Budaya Sihat Jamu dengan kerjasama Gabungan Pengusaha untuk melengkapi syarat yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Lapor Kompas.com, jamu menjadi satu daripada ICH milik Indonesia yang bakal diusulkan kepada UNESCO pada tahun ini.

Berdasarkan sejarah dan kajian yang dilakukan, penggunaan jamu sebagai bahan perubatan mula digunakan di negara ini pada abad ke-5 Masihi di candi Borobudur, Prambanan dan Penataran.

Selain itu, golongan wanita pada era tersebut didakwa memainkan peranan penting dalam menghasilkan jamu dan bagi golongan lelaki, mereka ditugaskan untuk mencari bahan termasuk tumbuhan untuk tujuan tersebut.

Fakta itu dikukuhkan dengan penemuan sejumlah artifak berupa alat penumbuk untuk menghasilkan jamu di lereng Gunung Sindoro, Jawa Tengah.

Dalam pada itu, penggunaan jamu di Indonesia meningkat mendadak semasa penjajahan Jepun pada tahun 1940-an sebelum ‘sepi seketika’ akibat perang dunia yang meletus.

Kemudian, pada 1966, penggunaan jamu kembali bernafas dan masih berterusan hingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya