Gunung Anak Krakatau meletus 29 kali - Utusan Malaysia

Gunung Anak Krakatau meletus 29 kali

TANGKAP layar kamera pemantauan yang merekodkan aktiviti Gunung Berapi Anak Krakatau meletus kelmarin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR LAMPUNG: Gunung Berapi Anak Krakatau sekali lagi menghamburkan debu panas ke udara setinggi 800 meter semalam.

Jurucakap pos pemantauan di Hargo pancuran, Lampung Selatan, Andi Suardi berkata, fenomena itu merupakan proses pembentukan semula gunung berapi tersebut.

“Selepas mengalami letusan besar pada 2018, sebahagian lereng gunung itu runtuh.

“Sejak itu, Anak Krakatau sering meletus sebagai fenomena pembentukan semula strukturnya,” kata Andi seperti yang dilapor Tribunnews.

Sehingga April 2022, gunung berapi itu sudah meletus sebanyak 29 kali.

Dalam pada itu, Andi memberitahu, letusan kali ini berlaku selama 40 saat.

Namun, tiada sebarang bunyi direkodkan ketika letusan berlaku.

“Tidak ada bunyi dentuman seperti kebiasaan ketika gunung berapi meletus,” ujarnya.

Sehubungan itu, Andi menyifatkan status Anak Krakatau masih di tahap II iaitu waspada.

Oleh hal yang demikian, penduduk setempat dilarang mendekati kawasan gunung berapi itu dalam radius dua kilometer.

Anak Krakatau merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya