LOS ANGELES: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala Ritcher melanda pantai barat Nicaragua, hari ini.
Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berdasarkan data USGC, gempa bumi itu berlaku pada pukul 1.42 pagi (waktu tempatan).
Jelasnya, gempa itu melanda pada kedalaman 25.3 kilometer (km) dengan pusat gempa terletak kira-kira 61.15 km dari pantai.
Sementara itu. Naib Presiden Nicaragua, Rosario Murillo memaklumkan kepada media rasmi setakat ini, tiada laporan kerosakan diterima.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat (AS) melaporkan tiada ancaman manakala USGC pula memaklumkan terdapat kemungkinan laporan kematian dan kerosakan.
Memetik laporan penyiar tempatan, La Nueva Radio Ya, penduduk menyatakan gegaran kuat dirasai di ibu kota Managua. – AFP










