Gempa bumi 5.7 magnitud landa selatan Bosnia - Utusan Malaysia

Gempa bumi 5.7 magnitud landa selatan Bosnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO: Satu gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher melanda selatan Bosnia dengan gegaran turut dirasai di seluruh Balkan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada pukul 11.07 malam (waktu tempatan) dan berpusat 14 kilometer timur laut bandar Ljubinje.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan besar.

Seorang wartawan AFP memaklumkan, gegaran itu dirasai sejauh Belgrade, Zagreb dan Skopje, lebih 400 kilometer dari pusat gempa.

Berdasarkan laporan USGS, gegaran turut dirasai di Albania dan selatan Itali.

Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean memberi amaran bahawa `gegaran susulan mungkin berlaku dalam beberapa jam dan hari akan datang’.

Balkan terdedah kepada aktiviti seismik dan gempa bumi yang kerap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN