Elon Musk dirayu 'beli' Lebanon

Elon Musk dirayu ‘beli’ Lebanon

ORANG ramai lalu lalang di bandar Tripoli yang terletak di utara Lebanon.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Rakyat Lebanon mula menaruh harapan kepada  Bilionair, Elon Musk dengan meminta dirinya mempertimbangkan untuk membeli negara itu. 

Lapor Arab News, rakyat Lebanon berkata, jika Musk boleh merevolusikan industri kereta elektrik dan media sosial, dia pasti mampu menyelamatkan Lebanon. 

Beberapa pakar meramalkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu akan gagal menguruskan syarikat Twitter, malah ramai juga yang beranggapan Lebanon akan bertambah lebih buruk sekiranya dibeli oleh Musk. 

Segelintir pengguna media sosial merasakan tindakan Musk membeli Twitter sesuka hati adalah kurang ajar kerana sudah dirancang selama lebih empat tahun. 

Pengguna media sosial masih ternanti-nanti bagaimana Musk akan bertindak balas terhadap permintaan daripada rakyat Lebanon untuk membeli negara itu. 

Terdahulu, Musk memeterai perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion) yang menyamai jumlah keluaran dalam negara kasar Jordan. 

Pada Disember 2017, Musk menggunakan Twitter dengan meluahkan perasaan cintanya terhadap platform itu. 

Malah, golongan pengguna pernah mencadangkan kepadanya membeli Twitter ketika itu dan Musk sempat bertanyakan kos tersebut.  

Februari lalu, Menteri Transformasi Digital Ukraine menghantar mesej dalam Twitter meminta Musk menjadikan sistem internet satelitnya, Starlink disediakan di Ukraine. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya