Elak disabotaj, Twitter halang perubahan aplikasi

Elak disabotaj, Twitter halang perubahan aplikasi

Elon Musk
KEKAYAAN Elon Musk jatuh di bawah AS$200 bilion berikutan kejatuhan saham Tesla.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Twitter Inc. menghalang pasukan pembangunnya daripada melakukan sebarang perubahan pada aplikasi media sosial itu bagi mengelakkannya disabotaj oleh kumpulan pekerja yang tidak berpuas hati dengan pengambilalihan oleh hartawan, Elon Musk.

Langkah itu diambil ketika sekumpulan personaliti media sosial yang liberal, mengancam untuk meninggalkan firma berkenaan.   

Lapor Daily Mail, Twitter melarang sebarang kemas kini produk yang tidak `kritikal-perniagaan’, dengan naib presiden syarikat itu perlu memberi kelulusan terlebih dahulu sebelum meneruskannya.

Seorang sumber memberitahu Bloomberg, tindakan itu bertujuan menghalang pekerja yang marah daripada ‘berkelakuan tidak menentu’ selepas mereka menyifatkan Musk sebagai ‘berbahaya kepada demokrasi’.

Semalam, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc. memeterai perjanjian untuk membeli Twitter dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion).

Kelmarin, saham Twitter menurun sebanyak 1.72 peratus pada awal dagangan di NASDAQ sehingga mencecah paras AS$50.81 (RM221.39) selepas ia melonjak daripada AS$45 (RM196.08) apabila Musk mengemukakan bidaan awal untuk membeli syarikat itu pada 14 April lalu.

Perjanjian itu dijangka selesai dalam masa enam bulan.

Pekerja syarikat itu memaklumkan pekerjaan mereka hanya terjamin sehingga tempoh berkenaan namun setakat ini `tiada pemberhentian dirancang’ di firma media sosial tersebut.  

Situasi itu berlaku ketika pelakon Jameela Jamil yang mengetuai kumpulan selebriti mengumumkan mereka akan meninggalkan Twitter selepas pembelian firma oleh Musk.

Menurut Jamil, dia tidak lagi akan memuat naik ciapan di Twitter disebabkan pendirian `kebebasan bersuara’ Musk bakal berakhir dengan `kebencian dan ketaksuban’.

Selain itu, pelakon Mia Farrow memaklumkan dia mungkin meninggalkan aplikasi itu `untuk ketenangan fikiran’.

Amnesty International juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perjanjian tersebut dengan kumpulan hak asasi itu menyatakan kebimbangan mengenai sebarang kemungkinan keputusan diambil oleh Twitter selepas pengambilalihan Musk.

Sementara itu, beberapa pekerja firma berpangkalan di California menyerbu laman sesawang dan mesej dalaman dengan melancarkan serangan ke atas Musk.

Pekerja tersebut menyuarakan kebimbangan mereka mungkin terpaksa berhenti bekerja dari rumah di bawah rejim baharu Musk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya