Anggota polis maut selepas surai tunjuk perasaan

Anggota polis maut selepas surai tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDARI: Seorang anggota polis maut selepas menyuraikan demonstrasi mahasiswa yang membantah kenaikan harga barang di Kendari, Sulawesi Tenggara semalam.

Lapor Tribunnews, Imam Agus Husein meninggal dunia di Hospital Bhayangkara, kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Jurucakap polis Sulawesi Tenggara, Ferry Walintukan mengesahkan perkara tersebut dan menolak dakwaan anggota polis itu meninggal dunia kerana dipukul peserta demonstrasi.

Sebaliknya, Ferry menjelaskan, Imam Agus meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas.

“Memang benar ada seorang anggota polis meninggal dunia selepas menyuraikan penunjuk perasaan.

“Imam Agus dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia.

“Tidak berlaku kekerasan antara Imam Agus dengan penunjuk perasaan sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya.

Selain itu, Ferry turut memaklumkan, sebelum dibawa ke hospital, Imam Agus juga terhantuk pada pintu kenderaan perisai Barakuda yang menyebabkan kecederaan pada kepalanya.

Jelasnya, polis masih menunggu laporan perubatan mengenai punca kematian Imam Agus.

Sementara itu, demonstrasi tersebut hampir bertukar ganas apabila penunjuk perasaan membaling  batu ke arah polis dan cuba merusuhm keadaan dapat dikawal pasukan keselamatan.

Bagi menyuraikan keadaan, polis melepaskan gas pemedih mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya