80 dewan solat baharu dibuka di Masjidilharam - Utusan Malaysia

80 dewan solat baharu dibuka di Masjidilharam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Sebanyak 80 dewan solat baharu dibuka di Masjidilharam, Mekah sempena Ramadan tahun ini.

Pembukaan itu merupakan sebahagian daripada usaha meluaskan ruang solat di masjid menerusi fasa ketiga. 

Ruang baharu itu terletak di aras bawah serta tingkat satu dan dua masjid. 

Kemudahan baharu itu mewakili 95 peratus daripada jumlah kapasiti ruang solat di dalam bahagian masjid yang boleh memuatkan sehingga 300,000 jemaah. 

Jika dewan di bahagian dalam penuh, ruang di bahagian utara boleh menampung 280,000 jemaah dan terdapat lebih banyak ruang di bahagian barat masjid. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN