12 wanita maut tanah runtuh di lombong emas haram

12 wanita maut tanah runtuh di lombong emas haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seramai 12 wanita yang bekerja di lombong emas haram di wilayah Sumatera Utara, Indonesia maut ditimbus tanah runtuh.

Kejadian runtuhan tebing di Kampung Bandar Limabung, Mandailing Natal berlaku petang semalam, mengorbankan mangsa berusia antara 30 hingga 55 tahun yang sedang menggali emas di lombong haram terbiar itu.

Ketua Polis Mandailing, Marlon Rajagukguk berkata, kesemua mangsa bukan pelombong profesional.

Katanya, dua lagi wanita yang bekerja bersama mangsa terselamat daripada bencana itu dan berlari pulang ke kampung untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Anggota penyelamat mengambil masa berjam-jam untuk memindahkan mayat mangsa yang berada di dalam lubang sedalam dua meter dipenuhi lumpur.

“Semua mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Lombong tidak berlesen adalah perkara biasa di Indonesia yang kaya dengan sumber mineral.

Kawasan tapak terbiar menarik minat penduduk tempatan mencari lebihan bijih emas tanpa peralatan keselamatan yang betul.

Tahun lalu, enam pelombong maut apabila lombong emas haram runtuh di Parigi Moutong, Sulawesi.

Pada 2020, 11 pelombong di Sumatera terbunuh dalam tanah runtuh akibat hujan lebat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN