Usaha memindahkan penduduk Mariupol berjalan semula - Utusan Malaysia

Usaha memindahkan penduduk Mariupol berjalan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pihak berkuasa bandar pelabuhan di selatan Ukraine, Mariupol memaklumkan proses pemindahan penduduk awam akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Usaha itu dilakukan selepas tentera Ukraine dan Rusia sebelum ini mencabuli gencatan senjata separa yang di[ersetujui untuk membolehkan koridor kemanusiaan diadakan.

Koridor itu bertujuan memindahkan semua penduduk ke tempat lebih selamat ketika pasukan tentera Rusia dan Ukraine terus berbalas serangan dan bertempur.

“Bermula pukul 12 tengah hari waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia), proses pemindahan penduduk akan dilakukan.

“Diharap kali ini penduduk dapat dikeluarkan dengan selamat,” menurut kenyataan pihak berkuasa Mariupol.

Semalam, usaha itu terpaksa ditangguhkan selepas situasi di bandar tersebut ‘semakin getir’ apabila tentera Ukraine dan Rusia saling bertempur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN