'Tindakan Korea Utara lancar peluru berpandu keterlaluan'- PM Jepun

‘Tindakan Korea Utara lancar peluru berpandu ICBM keterlaluan’- PM Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengecam tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang jatuh di zon ekonomi eksklusif negaranya sebagai ‘tindakan keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan’.

Kishida berkata, Korea Utara mengancam ‘keamanan dan keselamatan Jepun, rantau ini dan masyarakat antarabangsa’.

“Ini tidak boleh diterima,” katanya ketika berada di Brussels bagi menghadiri perjumpaan anggota Kumpulan Tujuh Negara Maju (G7), hari ini.

Menteri Pertahanan Jepun, Makoto Oniki berkata, peluru berpandu balistik itu berada di ruang udara selama 71 minit sebelum jatuh di laut Jepun, kira-kira 150km ke timur Semenanjung Oshima di Hokkaido, petang tadi.

Pyongyang merekodkan sembilan kali ujian peluru berpandu tahun ini.

Awal bulan ini, penganalisis memberi amaran Korea Utara merancang untuk melancarkan Hwasong-17 iaitu peluru berpandu gergasi yang membawa pelbagai peledak, menjelang April depan.

Senjata itu akan dilancarkan bagi memperingati ulang tahun ke-110 kelahiran pemimpin, pengasas Korea Utara dan datuk kepada Kim Jong-Un, Kim II-Sung.

Ketika dunia sedang menguruskan pencerobohan Rusia di Ukraine, tindakan Korea Utara meneruskan ujian peluru berpandu merupakan satu provokasi terhadap masyarakat antarabangsa yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Pyongyang selama ini akur dengan moratorium berhubung ujian ICBM dan senjata nuklear, sejak pemimpinnya, Kim Jong-un mengadakan rundingan diplomatik bersama bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, 2018.

Siri rundingan dan saluran diplomasi itu kemudian menemui jalan buntu, meskipun wujud usaha daripada pentadbiran Presiden Joe Biden sekarang, yang menawarkan tawaran rundingan baharu.

Pyongyang mula memberi bayangan untuk menarik balik moratorium berkenaan sejak Januari lalu dengan mengadakan pelbagai siri ujian senjata tahun lalu, termasuk peluru berpandu jarak sederhana dan hipersonik.

Minggu lalu, tentera Korea Selatan mengesyaki Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang menemui kegagalan apabila meletup di ruang udara ibu negara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya