Tiada saksi boleh kaitkan anak guam saya tembak MH17 - Peguam - Utusan Malaysia

Tiada saksi boleh kaitkan anak guam saya tembak MH17 – Peguam

PIHAK berkuasa memeriksa bangkai pesawat MH17 berdekatan kampung Hrabove di wilayah Donetsk, Ukraine pada Julai 2014. – Agensi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Peguam Belanda yang mewakili rakyat Rusia yang dituduh menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines, MH17, berhujah tiada saksi boleh mengaitkan anak guamnya dalam tragedi itu.

Peguam bela, Boudewinj van Eijck, berhujah depan hakim ketika perbicaraan disambung semula di mahkamah berhampiran lapangan terbang Schiphol, Belanda.

“Tiada seorang pun saksi yang dapat memberi keterangan mengenai peranan, kedudukan atau dakwaan anak guam kami terlibat dalam tuduhan ini.

“Pihak pendakwaan berpendapat tertuduh harus diadili dan dikenakan hukuman setimpal sekiranya terdapat walau sedikit bukti penglibatannya dalam tragedi ini,” katanya.

Seramai empat suspek dibicarakan berhubung nahas itu melibatkan tiga rakyat Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine. Leonid Kharchenko.

Kesemua dituduh melancarkan peluru berpandu BUK ke arah pesawat MH17 di timur Ukraine yang ketika itu dilanda konflik dengan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Pihak pendakwa raya meminta hukuman penjara seumur hidup bagi keempat-empat lelaki itu ketika menutup kes pada akhir tahun lalu.

Keputusan perbicaraan dijangka diketahui pada akhir tahun ini.

Nahas itu mengorbankan kesemua 298 penumpangnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN