Thailand: Kadar kelahiran menurun, kematian meningkat

Thailand: Kadar kelahiran menurun, kematian meningkat

thailand
KADAR kelahiran Thailand terus menurun, manakala kematian meningkat susulan pandemik Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand ketika ini giat menggalakkan rakyatnya memiliki lebih ramai anak bagi mengatasi kadar kelahiran rendah.

Sehubungan itu, kerajaan negara ini menawarkan pelbagai khidmat pusat kesuburan dan penjagaan kanak-kanak kepada pasangan suami isteri.

Selain itu, kerajaan turut menggunakan khidmat pempengaruh media sosial untuk mempromosikan kebahagiaan hidup berkeluarga.

Kempen itu dijalankan ketika jumlah kelahiran bayi di Thailand menurun hampir satu per tiga sejak 2013.

Pada tahun lalu, negara ini hanya merekodkan sebanyak 544,000 kelahiran iaitu terendah dalam tempoh 60 tahun.

Sebaliknya, kadar kematian dilaporkan meningkat susulan pandemik Covid-19.

Pakar demografi di Universiti Thammasat, Teera Sindecharak berkata, data itu menunjukkan wujudnya krisis populasi apabila pandangan masyarakat untuk memiliki lebih ramai anak sudah berubah.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan kanan Thailand, Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata, kerajaan sudah pun menetapkan langkah yang perlu diambil untuk atasi masalah tersebut.

Antaranya termasuk semua bayi yang baru lahir akan menerima bantuan penuh kerajaan.

Selain itu, lebih banyak pusat kesuburan akan dibuka di seluruh Thailand berbanding sebelum ini yang hanya tertumpu di Bangkok. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN