Thailand bimbang kemunculan subvarian ketiga Omicron - Utusan Malaysia

Thailand bimbang kemunculan subvarian ketiga Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pakar kesihatan di Thailand menzahirkan kebimbangan mengenai kemunculan subvarian Omicron terbaharu yang didakwa dikesan di Hong Kong.

Dr. Chalermchai Boonyaleephan iaitu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Awam Thailand memaklumkan, Omicron ketika ini sudah memilik tiga subvarian dengan yang terbaharu dikenali sebagai BA.2.2.

Hong Kong ketika ini berdepan dengan gelombang jangkitan Covid-19 terburuk apabila merekodkan kadar kematian tertinggi di dunia akibat virus maut itu.

Sehubungan itu, Chalermchai meminta kerajaan Thailand supaya menyaring ketibaan pengembara dari Britain dan Hong Kong bagi mengesan subvarian BA.2.2.

Katanya, apabila kadar kes jangkitan tinggi, seperti yang dialami Hong Kong ketika ini, keadaan itu secara tidak langsung menjadikan virus tersebut lebih mudah bermutasi.

“Berdasarkan jumlah kematian dan jangkitan di Hong Kong ketika ini, tidak mustahil ia disebabkan oleh subvarian baharu Omicron.

“Data menunjukkan sebanyak 5,000 jangkitan ketika ini dan 30 kematian bagi setiap sejuta penduduk di Hong Kong pada setiap minggu.

“Jumlah itu lebih tinggi berbanding di Thailand yang merekodkan secara purata 315 kes dan 0.85 kematian per sejuta penduduk bagi setiap minggu,” katanya seperti yang dilaporkan Nation Thailand.

Namun, Inisiatif Global untuk Perkongsian Data Selesema Burung (GISAID) belum mengesahkan kemunculan BA.2.2 sebagai subvarian Omicron atau mengaitkannya dengan kes kematian di Hong Kong.

Jabatan Sains Perubatan Thailand pula memaklumkan, pengesahan sesuatuvarian baharu itu mengambil masa dan memerlukan data yang banyak.

GISAID sebelum ini mengesahkan kemunculan varian Deltacron yang pertama kali dikesan di Cyprus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN