Tahap kepercayaan China terhadap Boeing semakin merosot

Tahap kepercayaan China terhadap Boeing semakin merosot

SEBHAGIAN daripada serpihan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Nahas pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines boleh menyukarkan usaha Boeing untuk ‘memikat semula industri’ dan membekalkan lebih 140 pesawat 737 MAX yang ditempah oleh negara ini.

Pesawat China Eastern yang terhempas itu tidak mempunyai peralatan dan sistem seperti dua pesawat 737 MAX yang terhempas lebih tiga tahun lalu di Jakarta dan Ethiopia.

Namun, hal itu tidak memberi perbezaan dalam nahas yang berlaku kerana China mempunyai tahap kawalan keselamatan yang tinggi.

China Eastern memaklumkan punca nahas belum dikenal pasti dan kumpulan pakar turut memberi amaran bahawa terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai potensi punca, terutamanya ketika masih banyak maklumat belum diperolehi.

China menjadi negara pertama yang menyekat penggunaan pesawat 737 MAX selepas nahas di Indonesia dan Ethiopia, selain menjadi satu-satunya pasaran utama yang menyaksikan MAX tidak meneruskan penerbangan komersial.

Menurut sumber, pesawat terlibat nahas itu berlepas dari Seattle menuju ke kilang pembuatan Boeing yang terletak di Zhoushan pada minggu lalu.

Laman web menjejaki pergerakan penerbangan, Flightradar24 memaklumkan, pesawat itu mendarat di Guam pada 15 Mac lalu sebagai transit dan tidak bergerak selama seminggu sebelum menyambung perjalanan ke Zoushan.

Dalam pada itu, Boeing sehingga kini tidak memberi maklum balas berhubung nahas yang berlaku.

Dalam pada itu, penganalisis saham di CFRA Research, Colin Scarola memaklumkan, beliau tidak terkejut sekiranya nahas yang berlaku melambatkan kemasukan 737 MAX di China kerana pengendali penerbangan di negara ini dikenali dengan ketelitiannya dalam soal keselamatan.

Selain itu, syarikat penerbangan China tidak memerlukan pesawat baharu 737 MAX kerana permintaan rendah susulan pandemik Covid-19.

Namun, Boeing sudah menyiapkan lebih 140 pesawat MAX yang ditempah oleh China dan akan menghantarnya sebaik sahaja model pesawat itu dibenarkan kembali melakukan penerbangan komersial.

Pesawat 737-800 yang terhempas di kawasan pergunungan di selatan China itu mempunyai rekod keselamatan yang tinggi dan hampir 1,200 buah digunakan dalam perkhidmatan penerbangan di negara ini.

Berdasarkan data daripada firma penerbangan Cirium, lebih 4,200 buah pesawat 737-800 digunakan di seluruh dunia ketika ini.

 

SEKAT OPERASI

Dalam pada itu, China Eastern menyekat operasi kesemua pesawat 737-800 miliknya susulan nahas yang berlaku.

Langkah itu mungkin akan diikuti oleh beberapa syarikat penerbangan lain sehingga punca nahas yang berlaku sebelum ini dapat dikenal pasti.

 

TIADA TERSELAMAT

Sementara itu, pihak berkuasa China mengesahkan terdapat kematian dalam nahas yang berlaku, namun tidak mendedahkan jumlahnya.

Media tempatan melaporkan kemungkinan tiada mangsa terselamat dalam nahas tersebut.

menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan ketika melalui bandar Wuzhou.

Terdapat seramai 123 penumpang dengan sembilan kru dalam penerbangan tersebut.

Pesawat tersebut berlepas dari bandar Kunming pada pukul 1.11 petang waktu tempatan dan terputus hubungan pada pukul 2.22 petang.

Pesawat itu mulanya dikesan terbang pada ketinggian 29,100 kaki dan selepas 2 minit 15 saat, kapal terbang berkenaan menurun 9,075 kaki.

Dalam tempoh 20 saat selepas itu, pesawat terbabit dikesan terbang pada ketinggian 3,255 kaki dan kelajuan 376 knot sebelum terputus hubungan.  – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya