Tahanan rasuah meninggal dunia dalam jel ketika solat Subuh

Tahanan rasuah meninggal dunia dalam jel ketika solat Subuh

PENJARA Sukamiskin di Bandung, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Seorang tahanan kes rasuah dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat Subuh di dalam penjara di Penjara Sukamiskin, Bandung, Jawa Barat.

Lapor Tribunnews, tahanan merupakan bekas Ketua Terminal Bandar Bekasi yang dikenali sebagai Bambang Hendrianto.

Kejadian itu disedari pegawai penjara selepas mendapati Bambang sujud terlalu lama dan selepas diperiksa, dia rupanya sudah meninggal dunia.

Ketua penjara, Elly Yuzar ketika dihubungi Tribunnews mengesahkan kejadian itu.

“Memang benar Bambang meninggal dunia ketika sujud semasa menunaikan solat Subuh.

“Pegawai penjara yang melakukan rondaan mendapati Bambang pada mulanya menunaikan solat Subuh, kemudian melihatnya sujud terlalu lama.

“Curiga dengan situasi itu, pegawai penjara lalu masuk ke sel Bambang dan mendapati dia tidak sedarkan diri lalu dibawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Elly memaklumkan, sebelum dimasukkan ke penjara, Bambang sudah mempunyai sejarah beberapa penyakit.

Katanya, keadaan kesihatan Bambang sepanjang berada dalam penjara sentiasa dipantau.

“Sel Bambang diletakkan dengan label merah iaitu menandakan tahanan mempunyai penyakit yang perlu dipantau keadaannya dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, polis akan menyiasat dengan teliti insiden ini jika wujud perbuatan khianat yang boleh menyebabkan kematiannya.

“Keluarga Bambang sudah dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku dan jenazahnya akan dikebumikan dalam tempoh terdekat” ujarnya.

Bambang dihukum penjara selama empat tahun bagi kesalahan rasuah pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya