Suami lacur isteri dengan caj RM146 selama 30 minit

Suami lacur isteri dengan caj RM146 selama 30 minit

POLIS Serang mengadakan sidang akhbar mengenai lelaki yang didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia kerana melacurkan isterinya.-KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERANG: Seorang suami tergamak menjadikan isterinya sebagai pelacur disebabkan desakan hidup. 

Lapor Kompas.com, Polis Serang mendedahkan kegiatan suspek, AR, 28, yang didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia. 

Katanya, suspek mampu meraih pendapatan 10 juta rupiah (RM2,900) sebulan hasil aktiviti tidak bermoral itu.  

Jelasnya, AR memaklumkan dia tidak pernah memaksa isterinya untuk melayan lelaki lain dan semuanya dibuat atas kerelaan wanita itu. 

Sebagai suami, AR mengaku berasa sakit hati setiap kali melihat isterinya bersetubuh dengan lelaki lain. 

Namun, katanya, dia perlu reda demi meneruskan kehidupan harian dan membesarkan pasangan anak kembar perempuan berusia enam tahun. 

AR menjelaskan sebagai pengemudi ojek (teksi motosikal) dalam talian, pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan. 

“Sebagai lelaki normal, sudah tentu berasa sakit hati melihat isteri bersetubuh dengan lelaki lain. Tetapi itu adalah kemahuan isteri saya sendiri sejak lima bulan lalu,” katanya. 

Dalam pada itu, isteri AR mengaku bekerja sebagai pemuas nafsu lelaki hidung belang tanpa sebarang paksaan. 

Katanya, disebabkan tuntutan ekonomi dan faktor kehidupan, dia tidak mempunyai pilihan lain mendapatkan sumber rezeki. 

“Suami dan kedua-dua anak saya akan bersembunyi di bilik lain ketika saya sedang melayan pelanggan,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN