Projek pembangunan Nusantara bermula secara rasmi

Projek pembangunan Nusantara bermula secara rasmi

JOKO Widodo mengikuti upacara penyatuan tanah di lokasi tapak projek pembangunan ibu kota Nuasantara di Kalimantan Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini bersama 34 gabenor dari seluruh Indonesia mengikuti upacara ‘kendi Nusantara’ di lokasi pembangunan ibu kota baharu di Kalimantan Timur.

Upacara itu menyaksikan semua gabenor membawa tanah dan air dari wilayah masing-masing dan kemudiannya dituangkan dalam satu bekas besar sebagai simbolik penyatuan Indonesia di Nusantara, sekali gus merasmikan projek pembangunan berkenaan.

Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-Undang dan Keamanan, Mahfud MD menyatakan, tanah dan air yang dibawa oleh para gabenor ke Nusantara itu melambangkan penyatuan dan keseragaman.

“Inilah tanah dan air kita. Indonesia itu tanah air kita, maka kita harus menjaganya dengan baik,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Beliau menjelaskan, para gabenor dikehendaki membawa seliter air dan dua kilogram tanah dari wilayah masing-masing.

Katanya, tanah dan air itu mewakili semua suku dan agama penduduk di wilayah masing-masing.

“Dri Bengkulu, Papua Barat, Papua, Kalimantan, Sumatera Barat, Aceh, semuanya berkumpul di sana.

“Upacara ini boleh diceritakan kepada generasi akan datang, mengenai bagaimana penyatuan Indonesia di Nusantara,” ujarnya.

Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Santoso pula memaklumkan, upacara itu juga bagi memohon doa kepada Allah SWT supaya proses pemindahan ibu kota baharu dapat dilakukan dengan lancar dari awal sehingga selesai.

Selain itu, Jokowi dan para gabenor juga berkhemah di titik lokasi pembangunan Nusantara sebelum dijadualkan mengunjungi beberapa lokasi di tapak projek esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN