Pengantin perempuan batal perkahwinan selepas terbongkar bakal suami botak - Utusan Malaysia

Pengantin perempuan batal perkahwinan selepas terbongkar bakal suami botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah majlis perkahwinan bertukar kecoh selepas pengantin perempuan enggan meneruskan upacara perkahwinan selepas mendapati bakal suaminya botak.

Lapor Oddity Central, insiden itu berlaku di daerah Etawah di Kanpur.

Menurut Times of India, semua perancangan pada mulanya berlangsung seperti yang dipersetujui.

Namun, ketika majlis berlangsung, pengantin perempuan itu menyedari bakal suaminya ‘terlalu bersungguh-sungguh mengenakan perhiasan kepala’.

Pengantin perempuan itu kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya dan mereka membuat spekulasi berkemungkinan pengantin lelaki tu botak.

Bimbang telahan itu betul, pengantin perempuan tersebut terus berdepan dengan bakal suaminya dan lelaki itu menunjukkan kebenaran dengan mendedahkan kepalanya yang botak.

Akibat terlalu terkejut, pengantin perempuan itu pengsan dan selepas sedar, dia membuat keputusan tidak mahu meneruskan upacara perkahwinan kerana menganggap lelaki itu tidak jujur dengannya.

Ahli keluarga kedua-dua belah cuba memujuk pengantin perempuan, namun usaha mereka menemukan kegagalan.

Keluarga pengantin perempuan dan lelaki turut bertengkar seketika sebelum keadaan menjadi reda.

Kemudian, perkahwinan dibatalkan dan kedua-dua keluarga itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN