Penduduk menikmati santapan terakhir McDonald's di Rusia

Penduduk menikmati santapan terakhir McDonald’s di Rusia

ORANG ramai beratur di luar premis McDonald's semasa pembukaan restoran makanan segera itu buat kali pertama di Rusia pada 1990. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rakyat Rusia berpusu-pusu menyerbu McDonald’s bagi mendapatkan hidangan burger Big Mac terakhir sebelum syarikat rangkaian makanan segera itu menutup operasinya. 

Lapor Daily Mail, ratusan kereta dilihat beratur di luar restoran pandu lalu tersebut, ketika salji mula turun di bandar itu. 

McDonald’s mengumumkan penutupan operasi melibatkan 850 cawangan di Rusia, susulan syarikat dari Barat mengenakan sekatan secara berterusan berhubung tindakan Rusia menceroboh Ukraine. 

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s di Rusia, Chris Kempczinski berkata, pihak syarikat memaklumkan akan terus membayar gaji kepada 62,000 pekerjanya yang telah mencurahkan sepenuh hati dan jiwa terhadap jenama McDonald’s . 

“Kami tidak boleh mengabaikan penderitaan manusia yang tidak sepatut berlaku di Ukraine. 

“Situasi ini sangat mencabar bagi jenama global seperti McDonald’s kerana dibuat atas banyak pertimbangan,” jelasnya. 

Kempczinski juga tidak mengetahui bila syarikat itu akan dapat menjalankan semula operasi di Rusia. 

Syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu memiliki dan mengendalikan cawangan di Rusia sejak 1990 semasa berakhirnya Perang Dingin. 

Semasa rangkaian itu mula dibuka 30 tahun lalu, warga Rusia turut kelihatan beratur panjang di luar restoran kerana tidak sabar untuk mencuba makanan segera dari Barat itu. 

Selain itu, rangkaian francais minuman kopi terkenal AS, Starbucks turut menghentikan operasi di Rusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.