PBB tak jumpa bukti program senjata biologi di Ukraine

PBB tak jumpa bukti program senjata biologi di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan tiada bukti ditemukan berhubung pelaksanaan program senjata biologi di Ukraine seperti didakwa Rusia.

Perwakilan Rusia, Vassily Nebenzia sebelum ini meminta Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengadakan mesyuarat bagi membincangkan dakwaan Moscow mengenai kegiatan biologi ketenteraan AS di Ukraine.

Kelmarin, AS menafikan dakwaan Moscow yang memaklumkan negara ini terlibat dalam operasi makmal perang biologi di Ukraine, malah menyifatkan tuduhan itu sebagai ‘melucukan’.

Terdahulu, Rusia mengulangi dakwaannya sejak beberapa tahun lalu bahawa AS giat melakukan aktiviti biologi ketenteraan menerusi makmal di Ukraine, termasuk menghasilkan senjata biologi.

Menerusi satu kenyataan kelmarin, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned price menyifatkan Rusia sengaja mereka-reka alasan bagi mengalihkan perhatian dunia daripada peperangan yang tercetus di Ukraine.

Kerajaan Rusia mendakwa makmal biologi Biolabs yang dibiayai oleh AS sedang membangunkan senjata biologi di Ukraine.

Kedutaan AS di Ukraine menyatakan pihaknya membiayai program penyelidikan di Ukraine bagi membangunkan ‘patogen paling berbahaya di dunia’.

Ahad lalu, Kementerian Pertahanan Rusia menemukan bukti Biolabs memusnahkan sampel patogen berbahaya dengan segera apabila ‘operasi ketenteraan’ bermula.

Ia berlaku dua hari selepas Rusia mendakwa Ukraine membina senjata nuklear daripada bom kotor berasaskan plutonium.

Kementerian Luar Moscow memuat naik ciapan Twitter mengenai penemuan bukti Kyiv berusaha menghapuskan jejak program biologi ketenteraan di Ukraine yang dibiayai oleh Pentagon.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya