WUZHOU: Pasukan keselamatan China meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi nahas pesawat China Eastern yang terhempas semalam di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi.
Pesawat itu membawa seramai 132 penumpang termasuk sembilan kru.
Media tempatan melaporkan, setakat ini, tiada mangsa ditemukan terselamat dan berpendapat kesemuanya terkorban.
Selain itu, banyak serpihan pesawat ditemukan di sekitar kawasan pergunungan tersebut dan anggota keselamatan giat mengumpulkannya bagi dijadikan bahan bukti.
Pesawat dengan nombor penerbangan MU5735 itu dalam perjalanan dari bandar Kunming menuju ke Guangzhou sebelum terhempas.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Si, 64, memberitahu, dia terdengar bunyi kuat ketika pesawat itu terhempas.
“Selepas itu, kami melihat kepulan asap tebal dan api menjulang tinggi di kawasan pergunungan,” katanya.
Sementara itu, petugas media tidak dibenarkan memasuki lokasi nahas, menyebabkan maklumat terkini tidak dapat disampaikan sepenuhnya.
Pihak berkuasa juga memaklumkan, operasi SAR masih berlangsung tanpa memberi penjelasan lanjut. – REUTERS