Lebih empat juta rakyat Ukraine melarikan diri - Utusan Malaysia

Lebih empat juta rakyat Ukraine melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan lebih empat juta rakyat Ukraine meninggalkan negara sejak Rusia menyerang Kyiv.

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), seramai 4,019,287 warga Ukraine melarikan diri merentasi sempadan negara sejak insiden pencerobohan berlaku pada 24 Februari lalu.

Jelas agensi antarabangsa itu, lebih 2.3 juta orang menuju arah barat ke Poland.

“Pelarian dari Ukraine kini berjumlah empat juta orang, dalam tempoh lima minggu selepas insiden pencerobohan Rusia.

“Saya baru tiba di Ukraine. Saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa, PBB dan pihak berkaitan di Lviv untuk meningkatkan sokongan bagi membantu mangsa terjejas akibat peperangan ini,” kata Ketua UNHCR, Filippo Grandi di Twitter.

Jelasnya, jumlah pelarian yang dilaporkan itu melepasi anggaran awal UNHCR. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya