Ketua tentera Chechnya berada di Ukraine untuk bantu Rusia - Utusan Malaysia

Ketua tentera Chechnya berada di Ukraine untuk bantu Rusia

RAMZAN KADYROV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Ketua tentera Chechnya, Ramzan Kadyrov dilaporkan berada di Ukraine bersama pasukan tentera Rusia.

Menerusi Telegram, Ramzan memaklumkan dirinya berada di Ukraine sambil mengenakan uniform tentera.

Video itu juga menunjukkan Ramzan bersama anggota tentera Rusia sedang meneliti pelan serangan.

“Tempoh hari, kita berada kira-kira 20 kilometer dari Kyiv dan hari ini, kita sudah semakin hampir.

“Semua tentera Ukraine, jika anda ada peluang, letak senjata segera atau kami tidak jamin apa nasib anda selepas ini.

“Kami akan buktikan pelan ketenteraan Rusia adalah lebih baik berbanding barat,” katanya dalam video tersebut.

Sebelum ini, pasukan tentera Chechnya dikerahkan untuk memburu pegawai tertinggi Ukraine yang dikehendaki. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN