Kes Covid-19 di Arab Saudi turun 47 peratus dalam tempoh seminggu

Kes Covid-19 di Arab Saudi turun 47 peratus dalam tempoh seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi turun sebanyak 47.3 peratus dalam tempoh seminggu, dengan 283 kes baharu direkodkan semalam.

Lapor Arab News, jumlah jangkitan keseluruhan di Arab Saudi adalah sebanyak 747,119 kes sejak permulaan pandemik.

Selain itu, sebanyak 525 kes individu sembuh daripada jangkitan dilaporkan serta satu kes kematian.

Jumlah kes kematian di negara itu akibat Covid-19 adalah sebanyak 9,006 kes.

Riyadh merekodkan 146 kes, Jeddah (53) dan Dammam (28).

Kes Covid-19 menyaksikan penurunan di Sakaka, AlUla, Yanbu dan lebih 40 bandar lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN