Ibu bapa geram sekolah ajar 'wujud 64 jantina di dunia’

Ibu bapa geram sekolah ajar ‘wujud 64 jantina di dunia’

SEKOLAH swasta antarabangsa Amerika di London dikecam hebat kerana didakwa mempromosikan ajaran bersifat perkauman dan keadilan sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan ibu bapa melahirkan rasa kekecewaan terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa Amerika di London yang didakwa mengajar anak-anak mereka mengenai ‘kewujudan 64 jantina’ ketika sesi pembelajaran.

Pihak pengurusan sekolah itu juga didakwa mempromosikan agenda perkauman yang disifatkannya sebagai ‘normal, biarpun diarahkan supaya membuat penambahbaikan segera oleh Jabatan Pejabat Piawaian dalam Pendidikan, Perkhidmatan dan Kemahiran Kanak-kanak England.

Laporan itu turut menyatakan pendidikan dan kepimpinan di sekolah tersebut gagal selepas didapati memberi lebih tumpuan terhadap pengajaran berasaskan ‘keadilan sosial’ berbanding subjek khusus pengetahuan dan kemahiran. 

Pemangku pengetua sekolah itu, Sacha McVean mendakwa semua program yang dilaksanakan mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah.

Malah, beliau menyifatkan pemeriksaan oleh Ofsted adalah sesuatu yang ‘luar biasa’.

Berdasarkan laporan Times, lebih 100 ibu bapa yang menandatangani surat aduan kepada McVean, terkejut dengan pendirian sekolah swasta itu yang tetap dengan memperjuangkan elemen perkauman walaupun menerima teguran hebat.       

Sementara itu, beberapa pelajar memaklumkan kepada Ofsted bahawa pandangan mereka ‘ditindas’ ketika sesi pembelajaran.

Oleh sebab itu, sekolah berkenaan disifatkan gagal mematuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan di bawah Standard Sekolah Bebas.

Standard Sekolah Bebas antara lain melarang ‘mempromosi pandangan politik partisan’ dan ‘menghormati golongan yang mempunyai kepercayaan lain’. 

“Ibu bapa mendakwa anak-anak mereka diajar wujudnya 64 jantina berlainan ketika sesi pembelajaran kelas kesihatan dan perkara itu amat mengejutkan mereka,” jelas laporan Times

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya