Gunung berapi Taal meletus, muntahkan abu panas - Utusan Malaysia

Gunung berapi Taal meletus, muntahkan abu panas

GUNUNG berapi Taal terletak di kawasan tasik, wilayah Batangas.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Agensi seismologi meletakkan amaran tahap tiga selepas gunung berapi Taal di selatan Filipina meletus pukul 7.22 pagi tadi.

Susulan itu, penduduk di sekitar kawasan tasik dinasihatkan berpindah selepas gunung berapi itu memuntahkan abu panas ke udara.

Insitut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, letusan itu merupakan tanda amaran letusan mungkin berlaku lagi sehingga boleh mencetuskan tsunami.

Letusan awal diikuti aktiviti freatomagmatik hampir berterusan yang mengeluarkan kepulan asap hingga 1,500 meter ke udara.

Ribuan pendududuk dilihat berpindah dari rumah mereka yang terletak berhampiran gunung berapi itu.

Jurucakap pertahanan awam wilayah, Kelvin John Reyes, berkata penduduk di lima kampung diarah mengosongkan rumah masing-masing.

Menurut data rasmi, lebih 12,000 orang mendiami penempatan itu, dan polis dikerah bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan berisiko tinggi.

Taal antara gunung berapi paling aktif di negara yang dilanda letusan dan gempa bumi secara berkala kerana terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, iaitu zon aktiviti seismik sengit.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN