Doktor saran kanak-kanak pakai pelitup muka selamanya

Doktor saran kanak-kanak bawah lima tahun pakai pelitup muka selamanya

KANAK-KANAK memakai pelitup muka semasa sesi pembelajaran di sebuah sekolah di Belgium.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pesuruhjaya Kesihatan New York yang baharu mencetuskan kemarahan ramai selepas beliau mengumumkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah perlu memakai pelitup muka selama-lamanya. 

Lapor Daily Mail, pengumuman itu bertentangan dengan trend negara yang melonggarkan kewajipan pemakaian pelitup muka kerana banyak bukti menunjukkan kanak-kanak berisiko kecil dijangkiti Covid-19. 

Dr. Ashwin Vasan berkata, beliau mahu golongan itu melakukan demikian kerana mereka belum menerima suntikan vaksin.

Jelasnya, sebagai bapa kepada tiga anak, beliau mahu memastikan keselamatan mereka sebaiknya. 

“Sudah pasti saya tidak akan hantar saya ke pusat jagaan harian tanpa pelitup muka. 

“Sebagai saintis, doktor dan pakar epidemiologi, saya mahu memastikan kanak-kanak selamat kerana mereka belum layak menerima vaksin lagi,” katanya semasa taklimat Covid-19 di Queens. 

Ucapan itu bagaimanapun menimbulkan ketakutan dan kemarahan golongan ibu bapa di New York yang berdepan kesukaran untuk memaksa anak mereka sentiasa memakai pelitup muka. 

Setiap negeri di Amerika Syarikat termasuk California sudah menamatkan mandat tersebut sejak minggu lalu. 

Hawaii sahaja belum lagi melaksanakan perkara itu, namun dijangka menarik balik keperluan pemakaian pelitup muka di sekolah dalam masa terdekat, susulan pembatalan arahan itu dalam kawasan tertutup pada minggu depan. 

Bandar-bandar di New York sudah menarik balik mandat tersebut awal bulan ini. 

Dalam pada itu, Vasan yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang perubatan turut mengingatkan penduduk mengutamakan kesihatan mental ketika pandemik masih melanda dunia. 

Jelasnya, warga New York perlu mendapatkan bantuan profesional kesihatan mental sekiranya perlu. 

Minggu lalu, New York menyaksikan peningkatan kes positif Covid-19 dua kali ganda dengan lonjakan 3.75 peratus berbanding 1.45 peratus, 14 Mac lalu. 

Secara keseluruhan, sebanyak 4.93 juta kes positif Covid-19 dan 67,191 kematian sahaja direkodkan di New York.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya