China Eastern: Hanya cebisan daging mangsa ditemukan - Utusan Malaysia

China Eastern: Hanya cebisan daging mangsa ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUZHOU: Pasukan keselamatan menemukan cebisan daging manusia yang dipercayai mangsa nahas pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, Isnin lalu.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah korban, namun media tempatan melaporkan, peluang untuk menemukan mangsa terselamat sudah tiada.

Pihak berkuasa China juga belum mengenal pasti punca nahas pesawat yang membawa seramai 132 penumpang termasuk sembilan kru penerbangan itu.

Semalam, puluhan anggota keluarga mangsa memenuhi lokasi nahas dengan kebanyakannya tidak dapat menahan kesedihan.

Keluarga mangsa berharap kerajaan akan melakukan siasatan terperinci mengenai nahas yang berlaku.

“Kami sudah kehilangan insan tersayang dan keperitan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Sehubungan itu, diharap pihak berkuasa akan melakukan siasatan terperinci dengan segera.

“Kami berhak mengetahui apa punca sebenar pesawat itu terhempas,” kata seorang keluarga mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN