Bambang Pamungkas didakwa abai anak - Utusan Malaysia

Bambang Pamungkas didakwa abai anak

BAMBANG PAMUNGKAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas penyerang pasukan bola sepak Indonesia, Bambang Pamungkas disoal siasat oleh Polis Metro Jaya kerana didakwa mengabaikan anaknya pada Ahad lalu.

Jurucakap Polis Metro, E. Zulpan berkata, Bambang atau mesra disapa Bepe sepatutnya hadir ke balai polis semalam, namun datang lebih awal kerana mempunyai urusan lain.

“Bepe hadir ke balai polis untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan mengabaikan anak.

“Beliau dipanggil sebagai saksi dalam kes ini,” kata Zulpan seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Terdahulu, Zulpan memberitahu, polis menyiasat beberapa bukti berdasarkan keputusan mahkamah syariah.

Mahkamah mengeluarkan keputusan selepas bekas isteri Bambang, Amalia Fujiawati mengemukakan tuntutan undang-undang berkaitan status dan hak penjagaan anak.

“Keputusan mahkamah mengesahkan kanak-kanak itu adalah anak kandung Bape bersama bekas isterinya, Amalia.

“Sehubungan itu, polis akan menyiasat jika benar berlaku pengabaian anak dalam kes ini,” ujar Zulpan.

Amalia sebelum ini membuat laporan polis mendakwa Bambang mengabaikan anak mereka.

Dalam laporan itu, Bambang didakwa melanggar Pasal 76 B Pasal 77 B Undang-Undang Perlindungan anak.

Jika disabit kesalahan, bintang bola sepak itu boleh dihukum penjara selama lima tahun dan denda 100 juta rupiah (RM29,000).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya