Bali kembali meriah dengan pelancong - Utusan Malaysia

Bali kembali meriah dengan pelancong

PELANCONG antarabangsa tiba di Lapangan terbang Ngurah Rai di Bali, Indonesia pada 16 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BADUNG: Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai, Bali merekodkan kehadiran penumpang pesawat sebanyak 387,574 pada bulan lalu, iaitu meningkat 148 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2021.

Jumlah itu juga meliputi penumpang pesawat antarabangsa yang mula memasuki Bali, iaitu sebanyak 3,098 orang.

Lapor CNN Indonesia, pada Februari 2021, penumpang yang menaiki pesawat dari lapangan terbang itu adalah seramai 192,080.

Ketua Penguru PT Angkasa Pura I, Herry a Y Sikado berkata, jumlah pesawat penumpang juga direkodkan bertambah sebanyak 3,676 penerbangan atau 57 peratus berbanding Februari tahun lalu.

Katanya, tiga penerbangan paling banyak mendarat di Bali adalah dari syarikat penerbangan Lion Air iaitu 131,202 penumpang, Citilink (72,845) dan Air Asia (48,475).

“Jumlah penumpang di lapangan terbang Bali meningkat sebanyak 148 peratus dan kemasukan pesawat meningkat 57 peratus.

“Situasi ini lebih baik berbanding tahun lalu dan kami berharap momentum ini akan kekal bagi menjana semula ekonomi Bali,” katanya.

Dalam pada itu, laluan penerbangan paling banyak masuk ke Bali adalah dari Jakarta iaitu membawa 201,765 penumpang, diikuti Surabaya (57,815) dan Ujung Pandang (32,093).

Sebelum ini, jumlah kemasukan pelancong ke Bali mengalami penurunan drastik susulan pandemik Covid-19 dan keadaan itu berterusan sehingga awal tahun ini.

Kemudian, Bali mula dibuka kepada pelancong antarabangsa, namun sambutan juga kurang menggalakkan sehingga bulan lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya