Aktivis politik Thailand mahu jadi tentera sukarelawan Ukraine - Utusan Malaysia

Aktivis politik Thailand mahu jadi tentera sukarelawan Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang bekas anggota Tentera Udara Thailand yang kini menjadi aktivis politik bersama rakan-rakannya menawarkan diri untuk menjadi tentera sukarelawan membantu Ukraine menentang tentera Rusia.

Chanapong ‘Ball’ Phongpai berkata, dia amat sedih dengan nasib yang menimpa rakyat Ukraine.

“Sebagai aktivis politik, saya memperjuangkan demokrasi di negara ini dan menentang semua bentuk kekejaman oleh kerajaan.

“Rakyat Ukraine juga berjuang untuk demokrasi negara kita, sehubungan itu, saya tawarkan diri untuk bantu mereka,” katanya.

Chanapong bersama lima rakannya mengunjungi kedutaan Ukraine di Bangkok semalam dan mendaftar maklumat di sebuah portal yang mengumpul maklumat mengenai rekrut tentera sukarelawan di Ukraine.

Lelaki itu juga yakin dengan pengalamannya sebagai tentera udara, dia pasti boleh menghulurkan bantuan kepada tentera Ukraine.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Thailand, Ratchada Thanadirek berkata, tiada undang-undang negara ini yang melarang rakyatnya menjadi sukarelawan tentera negara lain.

Namun, mereka perlu mempertimbangkan risiko yang bakal dihadapi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN