BEIJING: Sebanyak 17 juta penduduk di bandar Shenzhen menjalani perintah berkurung hari pertama bermula hari ini.
Beberapa bandar utama lain termasuk Shanghai turut dikenakan perintah berkurung susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di seluruh China.
Pihak berkuasa Shenzhen mengambil pendekatan itu ketika penularan Omicroan terus melonjak.
Shenzhen merupajan satu aripada 10 kawasan di seluruh China yang dikenakan perintah berkurung.
Sehubungan itu, pihak berkuasa kesihatan China memberi amaran bahawa sekatan lebih ketat bakal dilaksanakan apabila strategi sifar Covid-19 yang dilaksanakan ‘menjadi semakin sukar untuk direalisasikan’.
Pihak berkuasa melaporkan sebanyak 2,300 kes jangkitan baharu di seluruh negara hari ini dan hampir 3,400 ke semalam.
Jumlah itu merupakan yang tertinggi dicatatkan China dalam tempoh dua tahun.
“Terdapat banyak kluster di kawasan pinggir bandar dan kilang.
“Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan risiko penulara dalam kalangan komuniti dan langkah pencegahan perlu diambil segera,” kata pegawai di Shenzhen, Huang Qiang.
Beberapa imej yang disiarkan dalam media tempatan menunjukkan halangan plastik diletakkan di kawasan perumahan bagi mengelakkan orang awam keluar. – AFP










