Vaksin Merah Putih dilancarkan Ogos ini?

Vaksin Merah Putih dilancarkan Ogos ini?

BEBERAPA kanak-kanak selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Surabaya, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mungkin melancarkan vaksin Covid-19 pertama buatan sendiri pada Ogos ini dengan fasa pertama ujian klinikal vaksin yang dinamakan Merah Putih itu giat dijalankan.

Lapor Bisnis.com, penyelidikan dan penghasilan vaksin tersebut dilakukan oleh Universiti Airlangga di Surabaya dengan kerjasama syarikat farmaseutikal tempatan, Biotis Pharmaceuticals Indonesia.

Fasa pertama ujian keselamatan vaksin melibatkan 90 sukarelawan dewasa dimulakan pada 9 Februari lalu, diikuti fasa kedua pada Mac ini dengan 405 sukarelawan.

Fasa ketiga pula bakal berlangsung pada April ini membabitkan 5,000 sukarelawan.

Fasa kajian seterusnya akan menguji sama ada vaksin yang menggunakan virus sudah dinyahaktif itu mampu merangsang tindak balas imun dalam tubuh manusia terhadap virus Covid-19.

Menerusi ujian praklinikal melibatkan penggunaan haiwan, vaksin tersebut menunjukkan keberkesanan sehingga 85 peratus dalam memberi perlindungan daripada varian Delta.

Ketua penyelidik vaksin Merah Putih, Prof. Fedik Abdul Rantam berkata, pihaknya berharap Badan Pemantau Makanan dan Ubatan (BPOM) dapat memberikan kelulusan kecemasan pada Julai ini dan jika berjaya, ia boleh dilancarkan pada Ogos.

Katanya, vaksin itu dihasilkan untuk pelbagai peringkat usia, termasuk kanak-kanak dan wanita hamil, namun tidak menjelaskan jika vaksin berkenaan mampu memberi perlindungan terhadap varian terbaharu Covid-19.

Bagaimanapun, kumpulan sasar yang sebenar akan ditentukan selepas fasa ujian ketiga.

Selain itu, vaksin Merah Putih juga dilihat berpotensi untuk dijadikan dos penggalak, sekali gus membolehkan Indonesia menjual atau menyumbang bekalannya kepada negara luar yang memerlukan.

Indonesia merupakan negara keempat paling ramai penduduk di dunia iaitu seramai 270 juta orang.

Setakat ini, penduduk Indonesia bergantung kepada vaksin luar negara termasuk Sinovac dari China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya