UAE tamatkan peraturan pemakaian pelitup muka, kuarantin - Utusan Malaysia

UAE tamatkan peraturan pemakaian pelitup muka, kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menamatkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi individu yang menjadi kontak rapat kes Covid-19.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Krisis Kecemasan mengemas kini protokol tersebut yang berkuat kuasa semalam.

Menurut agensi itu, pengunjung lengkap vaksin Covid-19 yang tiba di negara itu tidak perlu menjalani ujian saringan PCR.

“Bagi sektor ekonomi dan pelancongan, prosedur penjarakan sosial dibatalkan manakala pemakaian pelitup muka di tempat awam tertutuo masih diwajibkan,” katanya.

Ibu negara Abu Dhabi juga mengugurkan peraturan mengemukakan ujian PCR negatif sebagai syarat kemasukan bagi warga dari wilayah UAE lain.

Dilaporkan, kes harian Covid-19 di UAE menurun dari hampir 3,000 kepada kira-kira 600 pada bulan lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN