MANILA: Sekurang-kurangnya sembilan maut termasuk seorang bayi di utara Filipina selepas sebuah van yang dipandu laju hilang kawalan dan merempuh beberapa rumah.
Ketika kejadian, kebanyakan mangsa berkumpul di laman rumah seorang penduduk selepas menghadiri kenduri di pekan Lal-Lo di wilayah Cagayan.
Ketua Polis Lal-Lo, Jefferson Mukay berkata, kejadian berlaku amat pantas dan semua mangsa tidak sempat melarikan diri.
Katanya, beberapa kenderaan turut musnah dilanggar van tersebut.
“Pemandu van itu dan beberapa penumpang di dalamnya sudah dibawa ke hospital untuk rawatan.
“Pemandu van itu bakal berdepan dengan beberapa pendakwaan berhubung insiden itu,” katanya. – AFP