Selepas Ukraine, Rusia mungkin serang negara lain - Britain

Selepas Ukraine, Rusia mungkin serang negara lain – Kementerian Luar Britain

DUA anggota tentera Ukraine menjalani latihan ketenteraan di sebuah lokasi rahsia di negara itu, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kementerian Luar Britain memberi amaran, Rusia akan menyerang negara jiran yang lain sekiranya Moscow ‘dibenarkan dan tidak dihalang’ untuk menceroboh Kyiv.

Menterinya, Liz Truss berkata, Ukraine disifatkan sebagai ‘kayu pengukur’ buat Rusia dan jika negara itu berjaya melancarkan misinya (menyerang), maka perkara sama bakal berulang di negara lain.

“Kita perlu hentikan Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana beliau tidak hanya berhenti di Ukraine dan akan meneruskan rancangannya menawan negara lain.

“Sudah jelas menunjukkan Putin mahu menguasai semua negara dengan paling berisiko adalah Baltik, kemudian diikuti Barat,” katanya kepada Daily Mail.

Jelas Truss, Putin sebelum ini berikrar untuk menjadi Rusia sebuah negara besar dan mahu kembali kepada era di mana Moscow menguasai hampir keseluruhan Eropah Timur.

Sehubungan itu, Truss menegaskan, adalah penting untuk semua sekutu menghalang Putin dengan segera.

Amaran itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan pencerobohan Rusia di Ukraine boleh menyebabkan ‘kemusnahan negara demokratik’ dan kesannya boleh dirasakan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, beberapa lagi bunyi letupan dapat didengari di timur Ukraine, selepas Rusia melancarkan latihan ketenteraan menggunakan senjata nuklear semalam.

Reuters melaporkan, bunyi letupan itu boleh didengari di bandar Donetsk yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

Kumpulan Pemantau Khas bagi Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) memaklumkan, terdapat lebih 1,400 letupan berlaku di Donetsk dan Luhansk kelmarin.

Selain itu, lebih 700,000 penduduk awam dipindahkan dari Donetsk dan Luhansk selepas kumpulan pemisah mendakwa Ukraine bakal menyerang dua kawasan tersebut.

Dakwaan itu dibuat selepas Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memberi amaran Rusia bersedia melancarkan serangan skala besar-besaran terhadap Ukraine.

“Semua petunjuk yang kita peroleh jelas menunjukkan Rusia bersedia serang Ukraine dalam skala besar-besaran,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden masih tidak mahu mengalah dan bertegas Rusia akan menyerang Ukraine dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya