Rusia tutup ruang udara untuk pesawat awam - Utusan Malaysia

Rusia tutup ruang udara untuk pesawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mengumumkan penutupan ruang udara untuk laluan penerbangan awam di sempadan barat negara itu dengan Ukraine dan Belarus.

Keputusan itu dibuat ketika Ukraine menutup ruang udara untuk pesawat awam kerana risiko tinggi terhadap keselamatan.

Lapor Al Jazeera, pengawal selia penerbangan Eropah juga mengeluarkan amaran bahaya terbang di ruang udara atas kawasan bersempadan dengan Rusia dan Belarus.

Tindakan itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas.

“Penggunaan ruang udara di sempadan barat Rusia dengan Ukraine dan Belarus digantung sementara disebabkan ancaman tinggi terhadap keselamatan penerbangan pesawat awam selepas peralatan ketenteraan dan senjata digunakan,” jelas kenyataan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM).

Terdahulu, agensi perkhidmatan trafik udara Ukraine menerusi laman sesawangnya memaklumkan ruang udara negara itu ditutup untuk pesawat awam bermula awal pagi tadi.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan pihaknya menggunakan `senjata berketepatan tinggi’ untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara, lapangan terbang tentera dan tentera udara di Ukraine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN