Perang Laut China Selatan: Indonesia perlu bersedia

Perang Laut China Selatan: Indonesia perlu bersedia

IMEJ satelit oleh MAXAR menunjukkan sejumlah kapal perang China berlabuh di Terumbu Whitsun di Palawan di Laut China Selatan pada Mac 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia perlu membuat persediaan rapi untuk menghadapi ancaman perang oleh China di Laut China Selatan bagi mengukuhkan kuasanya di rantau Asia Pasifik.

Malah, negara ini tidak menolak peperangan itu boleh berlaku dalam masa terdekat apabila China sering ditekan oleh Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Asia Pasifik yang lain, terutamanya mengenai perebutan wilayah maritim di Laut China Selatan.

Penasihat Kanan Pejabat Staf Presiden (KSP), Andi Widjajanto menyatakan China sudah membuat persediaan untuk ‘peperangan’ itu berdasarkan pelan strategik 2000-2020 fasa kedua negara itu.

Katanya, pelan strategik China bagi fasa ketiga pula melibatkan persediaan bagi 2020 sehingga 2050.

“China akan cuba mengukuhkan kuasanya di Laut China Selatan dengan cara apa sekali pun.

“Dengan tekanan yang diberikan oleh AS, China akan berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya, walaupun terpaksa berperang,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Sehubungan itu, Andi mencadangkan supaya kerajaan menggerakkan Pasukan Tentera Simpanan.

Jelas beliau, pasukan itu tidak diwajibkan dalam ketenteraan dan hanya berdasarkan sukarela bergantung kepada setiap komuniti.

“Justeru itu, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan khidmat pasukan tersebut jika berlaku kecemasan dan oleh hal yang demikian, kerajaan perlu menggalakkan pendaftaran dalam kalangan masyarakat.

“Pasukan Tentera Simpanan boleh membantu Indonesia membuat persiapan menghadapi sebarang ancaman perang dari luar,” tegasnya.

Sementara itu, Andi kini dilantik sebagai Gabenor Lembaga Pertahanan Kebangsaan oleh Presiden Joko Widodo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya