PBB dakwa Korea Utara jana pendapatan melalui serangan siber - Utusan Malaysia

PBB dakwa Korea Utara jana pendapatan melalui serangan siber

GAMBAR dikeluarkan KCNA menunjukkan ujian pelancaran peluru berpandu Hwasong-12. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara didakwa menjana pendapatan menerusi hasil serangan siber dengan menggodam beberapa lama web termasuk melibatkan mata wang kripto.

Dakwaan itu dibuat menerusi satu petikan dalam laporan sulit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat oleh agensi berita Reuters.

Laporan tahunan dikeluarkan oleh pasukan pemantau itu diserahkan kepada jawatankuasa sekatan Majlis Keselamatan PBB Korea Utara.

Menurut pasukan pemantau, serangan siber terutamanya membabitkan aset mata wang kripto kekal sebagai sumber pendapatan penting bagi Korea Utara.

Malah, pihaknya turut menerima maklumat penggodam Korea Utara terus menyasarkan institusi kewangan, firma dan bursa mata wang kripto.

“Berdasarkan sebuah negara anggota, penggodam siber Korea Utara mencuri lebih AS$50 juta (RM209 juta) antara tahun 2020 dan pertengahan 2021 dari sekurang-kurangnya tiga bursa mata wang kripto di Amerika Utara, Eropah dan Asia,” jelas laporan itu.

Pasukan pemantau juga memetik laporan firma keselamatan siber Chainalysis yang mendakwa Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya tujuh serangan terhadap platform mata wang kripto yang meraih hampir AS$400 juta (RM1.67 bilion) aset digital tahun lepas.

Pada 2019, pasukan pemantau PBB melaporkan Korea Utara menjana kira-kira AS$2 bilion (RM8.36 bilion) untuk program senjata pemusnah besar-besaran yang menggunakan serangan siber secara meluas dan semakin canggih.

Sementara itu, laporan tersebut juga menyatakan Korea Utara terus membangunkan program nuklear dan peluru berpandu balistiknya sepanjang tahun lalu.

“Walaupun tiada ujian nuklear atau pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dilaporkan, Korea Utara terus membangunkan keupayaannya untuk pengeluaran bahan pembelahan nuklear,” jelas laporan itu.

Menurut laporan itu, penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara sentiasa ‘dikemas kini’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.