JAKARTA: Golongan kanak-kanak yang dibolehkan mengambil vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan memasuki taman permainan sekiranya belum lengkap vaksinasi.
Lapor CNN Indonesia, ibu bapa perlu menunjukkan seijil vaksinasi anak mereka sekiranya ingin memasuki taman permainan, sama ada di tertutup atau di tempat terbuka.
Ketua Pengarah Pentadbiran Wilayah Kementerian Dalam Negeri, Safrizal ZA berkata, golongan kanak-kanak bagaimanapun dibenarkan masuk ke pusat beli-belah walaupun baru mendapat dos pertama vaksin Covid-19.
“Ibu bapa perlu bersikap jujur dalam menunjukkan sijil vaksinasi anak-anak mereka bagi memastikan golongan itu tidak terdedah dengan jangkitan.
“Kanak-kanak yang ingin pergi menonton wayang dan beberapa tempat awam yang lain juga perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan,” katanya.
Jelas Safrizal, ketetapan itu berkuat kuasa semalam ketika sekatan pergerakan tahap tiga dilaksanakan di Jawa Bali berikutan lonjakan kes jangkitan akibat Omicron.