Isteri dibunuh kerana enggan bangun tidur selepas dikejut suami - Utusan Malaysia

Isteri dibunuh kerana enggan bangun tidur selepas dikejut suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJARMASIN: Seorang lelaki menikam isterinya pada bahagian dagu menggunakan alat pengetip kuku dan memukulnya bertubi-tubi sehingga mati hanya kerana wanita itu enggan bangun ketika dikejutkan dari tidur.

Ketua Polis Banjarmasin Tengah, Susilo berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pasar di Kertak Baru Ilir pada Khamis lalu.

Katanya, pasangan suami isteri itu merupakan gelandangan dan sering menginap di pasar itu.

“Pada malam kejadian, suspek mengejutkan isterinya dari tidur namun mangsa enggan bangun menyebabkan suaminya naik angin.

“Suspek kemudiannya memukul mangsa bertubi-tubi sebelum menikam pengetip kuku pada dagu mangsa,” katanya.

Selepas itu, suspek membuang pengetip kuku itu dan mendapati isterinya tidak sedarkan diri dan panik dengan keadaan itu, suspek meminta tolong orang ramai untuk membawa mangsa ke hospital.

Doktor kemudiannya mengesahkan isteri suspek meninggal dunia dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN