Indonesia tidak mahu ikut Eropah longgar sekatan Covid-19

Indonesia tidak mahu ikut Eropah longgar sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketika semakin banyak negara Eropah menarik semua sekatan Covid-19, termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial, perkara itu tidak dipersetujui Indonesia.

Penyelaras Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Masyarakat (PPKM) Jawa dan Bali, Luhut Binsar Panjaitan berkata, kerajaan Indonesia tidak mahu terikut-ikut dengan langkah yang diambil Eropah.

Katanya, situasi pandemik di setiap negara adalah berbeza dan jika tersalah langkah, kesannya boleh menjejaskan rakyat.

“Kita tidak perlu terikut-ikut cara mereka (negara Eropah). Kita akan melakukan transisi ini secara berperingkat berdasarkan situasi semasa.

“Semua aspek perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan itu dibuat bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku di kemudian hari,” katanya kepada Suara.com.

Jelas Luhut, penarikan semua sekatan Covid-19 boleh dilakukan di negara ini sekiranya tahap imuniti kelompok mencapai tahap tertinggi.

Selain itu katanya, kes jangkitan yang rendah, kemudahan rawatan kecemasan yang mencukupi dan situasi konsisten juga membolehkan Indonesia bebas sekatan.

“Situasi Covid-19 di Indonesia akan terus dipantau dari semasa ke semasa oleh pelbagai pakar berkaitan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Luhut menasihatkan orang ramai supaya mengambil vaksin Covid-19 serta dos penggalak bagi mewujudkan perlindungan menyeluruh, terutamanya golongan berisiko tinggi.

Katanya, jika rakyat ‘malas dan degil’ untuk mengambil vaksin, bagaimana Indonesia boleh bebas sekatan?

Sementara itu, Luhut memberi jaminan, selagi masyarakat terus mematuhi protokol kesihatan, jangkitan Covid-19 dapat dikawal dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya