JAKARTA : Penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja telah mengadakan majlis adat Dharma Suaka semalam.
Menerusi perkongsian RFAS Music di Instagram, Rizky, 26 dan Mahalini, 24 disahkan bakal melangsungkan perkahwinan selesai majlis meminang (ngindih).
“Rizky dan Mahalini telah melangsungkan acara Dharma Suaka di rumah Mahalini di Denpasar, Bali.
“Dalam majlis ini, bakal pengantin lelaki perlu meminta izin kepada pihak keluarga pengantin perempuan untuk berkahwin sebelum majlis pernikahan.
“Kemudian, Mahalini perlu melakukan upacara ‘memapit’ kepada nenek moyangnya sebelum mulakan kehidupan baharu bersama suami,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagian buat kedua pasangan itu.
“Tahniah buat Rizky dan Mahalini, semoga jodoh berpanjangan,” tulis seorang pengguna.
“Semoga dipermudahkan segala urusana, Rizky dan Mahalini hingga ke hari perkahwinan.,” kata peminat.
Terdahulu, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu telah mendapat perhatian umum berikutan perbezaan agama.
Walaubagaimanapun, pasangan itu disahkan bakal melangsungkan perkahwinan mereka mengikut cara Islam di Jakarta pada 8 Mei depan.








