fbpx

Indonesia dakwa banjir ‘kiriman Malaysia’ menjejaskan daerah Nunukan

BANJIR yang berlaku di Nunukan setiap tahun didakwa berpunca daripada banjir yang berlaku di Sabah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUNUKAN: Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Nunukan, Kalimantan Utara menganggarkan nilai kerugian akibat banjir yang ‘dihantar’ oleh Malaysia pada 4 Januari lalu mencecah 60 bilion rupiah (RM17.5 juta).

Jurucakap BPBD Nunukan, Mulyadi berkata, kerugian akibat banjir pada tahun ini hampir sama dengan jumlah yang direkodkan pada 2017.

Katanya, kerugian pada tahun lalu lebih kecil, selain tahap banjir juga berbeza.

“Pada 2021, kerugian akibat banjir adalah sekitar lima bilin rupiah (RM1.5 juta) dan untuk tahun ini mencecah 60 bilion rupiah, jumlah itu hampir sama yang direkodkan pada 2017.

“Jumlah kerugian dihitung berdasarkan kerosakan infrastruktur, perumahan, pertanian, perdagangan dan sosial ekonomi di kawasan yang dilanda banjir,” katanya kepada Kompas.com.

Laporan BPBD Nunukan merekodkan sebanyak 2,235 infrastruktur rosak dan 15,083 penduduk terjejas akibat banjir awal tahun ini.

Banjir yang didakwa ‘kiriman Malaysia’ itu sering berlaku setiap tahun apabila Sungai Talangkai di Sepulut, Sabah melimpah sehingga mencetuskan banjir dan mengalir sehingga ke Nunukan.

Jelas Mulyadi, aliran banjir itu akan memasuki wilayah Indonesia menerusi Sungai Labang, Sungai Pensiangan dan Sungai Sembakung.

POPULAR

KOSMO! TERKINI